`Biodata
![]() Nur Hazfazurah bte Sazali , 14 . Sekolah Menengah Northbrooks (: `Lagu
`Kata-Kata
ShoutMix chat widget July 2010 August 2010 |
Wednesday, July 14, 2010, 6:27 PM
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi , hanya ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja yang . Permainan tradisional ada banyak . Seperti , congkak , wau dan sepak takraw yang masih dimainkan oleh orang-orang masa kini. Congkak ![]() Congkak ialah sejenis permainan yang digemari oleh wanita dan kanak-kanak. Ia memerlukan dua orang sahaja untuk bermain. Papan congkak ini kadang-kadang di ganti dengan lobang-lobang yang dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca atau pun biji saga. Papan congkak ini mengandungi 14 lobang yang dipanggil "kampung" dan dua lubang besar yang terletak di hujung papan congkak itu dipanggil "rumah". Wau
Wau dicipta dengan banyak bentuk dan dinamakan dengan namanya sendiri. Seperti , wau burung, wau pari dan wau katak. Wau ini boleh dijadikan sebagai bahan main dan juga hasil kraf tangan dan hiasan dinding.
![]() Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Labels: permainan tradisional melayu |